Siapa
kami ?
- Kami bukan ajen, kami hanya membantu anda menyediakan peluang pekerjaan di Australia setelah kami sendiri terlibat dalam bidang ini di sana dan mendapati peluang ini patut dibuka kepada warga Malaysia secara meluas untuk merebut peluang yang banyak di Australia.
Visa Australia.
- Ya.kami menguruskan visa untuk anda (Visa pelancong; visa ini tidak disebut akan digunapakai oleh mana-mana ajen yang membawa pekerja dari Malaysia atas sebab yang mereka sendiri tahu, tetapi kami mahu bersikap jujur dengan perkara ini; jika anda perlukan penjelasan boleh hubungi individu yang diberikan di dalam poster iklan).
Apakah tiket kapal terbang disediakan?
Pihak Kami menyediakan pelan tiket kapal terbang dengan harga Fleksibel mengikut Harga Semasa, Jika anda pantas mendaftar maka harga tiket anda adalah murah dan jika anda medaftar menghampiri masa akhir maka tiket anda akan menjadi mahal.
Jika anda mahu membeli sendiri tiket penerbangan kami tiada halangan tetapi perlulah memberitahu kami terlebih dahulu berkenaan perkara tersebut untuk kami atur tarikh dan masa penerbangan anda. :)
Jika anda mahu membeli sendiri tiket penerbangan kami tiada halangan tetapi perlulah memberitahu kami terlebih dahulu berkenaan perkara tersebut untuk kami atur tarikh dan masa penerbangan anda. :)
Penginapan dan pengangkutan anda di Australia?
Penginapan dan pengangkutan ke tempat dimana anda bekerja akan disediakan oleh peladang di Australia. Tetapi sewa penginapan anda perlu bayar dalam AUD75 - AUD 80 seminggu seorang. Manakala pengangkutan ke tempat kerja adalah dalam lingkungan AUD6 - AUD10 (bergantung jarak ke tempat kerja) sehari.
Adakah anda terikat dengan Kami secara kontrak?
Tidak..! Tetapi kejujuran anda amatlah mustahak dalam membayar kami Ansuran RM 1000 Fees secara mingguan (menyertai program kami bermaksud anda bersetuju dengan terma ini dan bersedia untuk dipotong secara ansuran gaji anda) . Kemudian, sekiranya anda ingin bekerja ditempat lain setelah selesai membayar fees, anda boleh berbuat demikian.
Bagaimana Pekerjaan Anda?
Anda akan bekerja secara berkumpulan bergantung kepada tugas dan
kerja yang diberikan oleh supervisor atau pemilik ladang.
Gaji atau Upah?
Gaji anda dibayar tunai dengan kadar AUD13 - AUD15 per jam atau secara Kontrak mengikut apa yang dijelaskan sebelum ini di post yang berkenaan. Dan
akan dibayar setiap minggu.
Masa Bekerja
Anda akan bekerja selama 8 jam sehari dan kemungkinan
overtime 2 jam. Kerja 6 hari dan mungkin juga 7 hari seminggu. Jadual kerja
seperti berikut :-
- 7.30 am Mula bekerja
- 10.00 am Rehat 15 minit
- 12 pm Rehat Makan 30 minit
- 2pm atau 3pm Rehat 15 minit
- 4 pm Pulang kerja kalau tidak overtime.
Berapakah budget keperluan untuk seorang makan seminggu?.
Dalam
AUD30 - AUD40 seminggu untuk seorang kalau share berdua dalam AUD50 sudah
lebih dari mencukupi.
Bolehkah saya bekerja jika saya bertudung bagi seorang wanita?
Anda boleh
bertudung dan di sini tidak ada dasar diskriminasi terhadap wanita bertudung.
Apakah
Peluang sentiasa ada dan apakah terma selalunya sama.
Peluang
dan Tempat adalah terhad manakala terma akan berubah.
Adakah anda mengenakan fee ke atas
khidmat anda,berapakah fees anda ?
Ya saya
mengenakan wang komitmen keseriusan penyertaan di Malaysia sebanyak RM 1999.00 dan fees secara potongan gaji secara ansuran potongan gaji mingguan yang berjumlah total sebanyak RM1000.00(Ditamatkan) atas khidmat saya dan fees ini beserta bayaran untuk tempahan hotel, wang visa Australia dan juga dokumen sokongan yang kami sediakan (rujuk post yang lain berkenaan F.A.Q.) dan email berkenaan terma bayaran dan pulangan wang sebanyak 30% dari wang komitmen RM 1999.00 (jika anda tidak melepasi saringan Imegresen Australia yang diketahui umum adalah ketat). Kami menyediakan cara melepasi Imegresen Australia berdasarkan pengalaman kami setelah berpengalaman berada di Australia sendiri sebelum ini. Ingat bahawa kami mengambil risiko yang besar dari Imigresen Australia yang melayakkan kami mengenakan fees kepada Anda!!
Berapakah
kos keseluruhan yang perlu anda sediakan?
Bergantung kepada harga tiket kapal terbang Airasia (Return Ticket;sekiranya ada promosi boleh jadi lebih murah) anda, hotel penginapan yang anda tempah(diperlukan untuk melepasi saringan Imegresen Australia) dan juga duit poket anda untuk seminggu (sekitar AUD700.00 atau bersamaan RM2,100). Berdasarkan pengalaman kami adalah sekitar
RM4,500 - RM5,000 (tidak termasuk fees - hubungi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut). BAYARAN BON HOTEL BERJUMLAH PENGINAPAN SEMALAM JUGA DIKENAKAN DALAM ANGGARAN SEBANYAK RM150, TETAPI MUNGKIN BERUBAH; BERGANTUNG KEPADA HARGA YANG TERTENTU YANG DIKENAKAN OLEH HOTEL/HOSTEL DI AUSTRALIA
Adakah
anda mengenakan fee tambahan Atau hidden fees.
Tidak
ada .!
Adakah Anda menawarkan kerja yang lain
selain kerja ladang. Contohnya kerja kilang,kerja kerani,kerja Mall dsbnya?.
Maaf
tidak ada !!
Kenapa
anda mengenakan bayaran@fee atas khidmat anda?
"Nothing free in this world", tetapi sekiranya anda inginkan perkhidmatan atau kerja yang percuma anda mungkin boleh mencuba di Jabatan buruh di Malaysia atau anda juga boleh
mencari pekerjaan di job1malaysia.Mereka memberikan khidmat bantuan mencari kerja untuk Anda. :-)
No comments:
Post a Comment