Friday, 16 August 2013

KERJA: KERJA DAN CARA PENGGAJIAN ANDA.

Terdapat dua kaedah penggajian dalam kerja perladangan di Australia iaitu Hourly (Per Jam) dan Contract (Per Jumlah Kutipan):


  1. Hourly (Per Jam) ialah secara puratanya di Australia untuk kerja perladangan adalh sekitar AUD 15 - AUD 18 per jam; dengan jam kerja sebanyak 8 - 10 Jam sehari selama 7 Hari seminggu.
  2. Contract (Per Jumlah Kutipan) adalah berbeza beza mengikut jenis buah; kami bawakan contoh Kadar Bayaran Contract untuk buah Tomato yang disukat menurut Per Bin (satu Bin bersaiz 1 meter X 1 meter X 1 meter dengan berat anggaran ketika penuh adalah 400 kg atau hampir sstengah tan menurut jenis buah). Untuk buah Tomato bayaran adalah AUD 90 untuk satu bin. Untuk pekerja tidak punyai pengalaman tetapi punyai motivasi tinggi, pada peringkat permulaan mereka mampu mengutip sekitar satu bin setengah (untuk buah tomato; dan berbeza untuk lain-lain jenis buah); dan jumlah kutipan mereka bakal meningkat apabila skil dan tubuh badan mereka sudah sesuai dengan kerja tersebut. 
    1. Menurut pengalaman kami di lapangan ketika kerja di Australia, setiap pekerja punyai kadar kemampuan untuk mahir yang berbeza, malah ada yang hanya perlukan seminggu untuk mahir dan dapat mula mengutip 3 bin ke atas dalam masa seminggu atau dua minggu mereka memulakan kerja. 
    2. Jika anda sanggup mencabar diri anda maka kami yakin anda akan sentiasa mahu mengumpul bin dalam jumlah yang amat berbaloi dan menguntungkan anda!!
    3. Namun perlu diingat bahawa kerja perladangan di Australia memerlukan anda berkorban daya kudrat anda dan sakit tubuh badan dahulu kerana jumlah jam yang lama dan bebanan yang bakal dikerjakan adalah bagi kami tidak ramai orang Malaysia yang biasa melakukannya dari mula.
Nasihat Kami pada bulan pertama anda perlu tumpukan kepada usaha membiasakan diri dengan kerja berat dan mengutip kemahiran dari orang lama rakan sekerja yang anda jumpai dan kenali di tempat kerja. Dan Sentiasa Berpandangan Positif!!

No comments:

Post a Comment